header image

Kahwin atau tidak?

Posted by: pjerik | October 4, 2009 | No Comment |

Kahwin atau tidak kahwin? Inilah dua perkara yang selalu menjadi persoalan segelentir umat manusia. Ada orang memperjuangkan idea bahawa setiap manusia harus kahwin dan ada juga orang yang mempertahankan pilihan mereka hidup tanpa terikat kepada perkahwinan. Pendek kata kita ada pilihan didalam hidup ini iaitu hidup berkahwin atau pun hidup membujang.

Sebaiknya didalam hal ini tidak perlulah kita terlalu mempersoalkan tentang hal ini sehingga menyebabkan persahabatan dan hubungan diantara kita menjadi tegang dan renggang. Kerana kita harus menghormati apa juga pilihan yang dibuat oleh seseorang. Kerana setiap manusia itu berhak memilih cara hidup yang dia fikirkan sesuai dan baik untuknya. Jadi, tugas kita bukanlah untuk mengutuk dan membenci pilihannya tetapi menghormati pilihannya. Samada dia senang atau susah dikemudian hari, itu adalah tanggungannya sendiri dan bukan menjadi masalah kita. Apa yang penting bagi kita ialah menghormati pilihannya dan jika perlu memberi sokongan yang sewajarnya.

Ingatlah didalam Alkitab tidak terdapat yang mewajibkan seseorang berkahwin atau membujang. Ini jelas sekali didalam Injil Matius yang berbunyi: “Karena ada orang yang tidak dapat kawin, sebab mereka memang lahir begitu. Ada juga yang tidak dapat kawin sebab ia dibuat begitu oleh orang lain. Dan ada pula yang memilih sendiri untuk tidak kawin, supaya dapat melayani Allah. Orang yang sanggup menerima pengajaran ini, biarlah ia menerimanya.”(Mat.19:12)

Jestru itu, marilah kita saling menghormati cara hidup yang masing-masing kita pilih. Disamping itu, jangan lupa untuk saling memberi sokongan supaya kita setia dan tabah menempuh cara hidup yang kita sendiri pilih. Amin.

under: Uncategorized

Gara-gara bergaduh…

Posted by: pjerik | July 8, 2009 | 1 Comment |
Tersebutlah kisah suami-isteri bergaduh disuatu petang. Kerana kejadian ini, mereka pun masing-masing merajuk dan tidak mau bercakap dengan sesama. Dua-dua diam-diam saja. Walau pun begitu mereka tidur juga sebilik tapi tidak lagi bertemu hidung tetapi “bantal peluk” dijadikan batas dan simpadan diantara mereka. Tiba-tiba ditengah malam si suami terbangun dan teringat bahawa pada esok pagi dia harus bangun awal kerana mau pergi ke airport. Penerbangannya ialah pada jam 7.30 pagi. Jadi, dia perlu bangun pada jam 5.00 pagi. Tetapi kerana baru saja bergaduh dengan isteri, dia tidak berani kasih tau dan minta tolong isteri supaya bangunkan dia pada jam 5.00 pagi. Jadi dia secara senyap-senyap mengambil sekeping kertas dan menulis,”Darling…..TOLONG BANGUNKAN SAYA PADA JAM 5.00 PAGI KERANA SAYA MAU PERGI KE AIRPORT.” Kemudian dia meletakkan kertas berkenaan diatas perut isterinya yang sedang tidur. Lalu dia tidur lagi….

Pada keesokan harinya, si suami terbangun dan melihat didinding jam menunjukkan dah pun pukul 8.00 pagi. Ini membuat dia sangat marah. Kerana dia kini dah ketinggalan kapal terbang. Dia cepat-cepat bangun kerana mahu pergi ke dapur mencari isterinya. Tapi dia terasa seperti ada kertas melekat di baju tidurnya. Dia melihat dan ada TERTULIS: Darling….BANGUN! Darling! BANGUN! DAH JAM 5.00 PAGI NII. BANGUN!

(Nota: Suami merasa agak lucu sekali dan tak jadi marah-marah. Dia hanya mampu tersenyum dan merasa lega. Maklumlah awal pagi dah kena panggil “DARLING….”(Bah, kalau kamu bergaduh, cepat-cepatlah berdamai supaya cintakasih menjadi normal semula.He he he e….God bless all families.Amin.)

under: Pedoman
Tags: , , , ,

Merokok: Apa gunanya?

Posted by: pjerik | April 2, 2009 | No Comment |

Masih segar didalam ingatanku, kisah yang bertahun-tahun yang lalu iaitu semasa memasuki alam remaja. Ya…. betapa indahnya tertarik dengan seseorang yang cantik dan lawa! Tetapi, didalam masa yang sama saya juga tertarik dengan gelagat kawan-kawan sebaya yang mahu menunjukkan keberanian dan kedewasaan dengan berjinak-jinak dengan rokok. Tapi, takut juga kena marah oleh ibubapa maka merokok main tapuk-tapuklah….Tapi bila pergi rumah nenek/datuk nak tunjuk hero konon…. jadi merokok didepan mereka lah.

Untunglah datuk memberi nasihat yang baik: ” Kau lihat saya nii, batuk-batuk. Inilah gara-gara merokok tapi saya tapi dapat berhenti lagi. Dah terlambat. Susah mau berhenti. Dah ketagih dah….Tapi kau tuu baru belajar. Berhentilah. Jangan ikut tabiat saya. Bagus lagi kau pakai itu duit pegi makan mee sup. Kau kenyang lagi. Merokok tidak kasi kenyang. Bikin banyak belanja saja dan bikin rusak badan. Bah….berhenti kamaa….” Demikianlah katanya sambil batuk-batuk beberapa kali.
Yaaa…….memang suatu nasihat yang paling bagus sekali. Saya melihat logik dan kebenaran kata-kata datuk saya, lalu saya berhenti kerana buat masa itu belum ditahap ketagih atau di tahap yang susah mau berhenti lagi. Kini saya bebas. Kalau saya tidak mendengar nasihatnya mungkin sampai sekarang saya masih bermain-main dengan asap.
Memang banyak sebab dan alasan orang mereokok. Antaranya ialah, konon-konon mahu tunjukkan keberanian, tanda lelaki macho!, kasi panas-panas badan, untuk menghalau nyamuk dan sebagainya. Yaaa…..demikinlah beberapa alasan untuk meneruskan tabiat yang tidak berfaedah dan bikin banyak belanja. Sayang itu duit kena bakar begitu saja….
Bayangkanlah kalau anda berbelanja RM3.00 sehari. Ini bererti RM90.00 sebulan dan RM1080.00 setahun. Dan RM10,800.00 didalam masa 10 tahun. 20 tahun pula adalah RM21,600.00; 30 tahun-RM32.400.00! Banyak bah wang yang terbuang begitu saja. Sayang kan? Tapi, kalau wang untuk memberi rokok disimpan didalam bank, kan selepas 30 tahun ada juga wang. Loaded juga sikit-sikit. Untungkan! Jadi, kalau mau “kaya” atau ada juga wang yang lumayan dihari tua, janganlah belajar merokok kalau belum pandai merokok. Kalau dah pandai merokok, berusahalah dengan sepenuh hati untuk berhenti. Janganlah membeli rokok lagi.
Jadi, janganlah buang puntung-puntung rokok lagi tetapi buanglah “wang rokok” kedalam bank supaya ada juga keuntungan di kemudian hari. Kerana “Wang rokok” dapat bunga wang mah….Tapi, kalau tidak berhenti merokok, jangan hairan di kemudian hari anda akan mendapat “bunga” yang lain-lain seperti “bunga-bunga kanser” atau berbagai-bagai jenis “bunga penyakit” gara-gara main asap!
Jestu itu, amalkankan cara hidup yang sihat dan baik. Jauhilah rokok dan berhentilah merokok agar kesihatan badan terpelihara. Jadi, janganlah membazir wang dengan membeli rokok. Belilah benda-benda yang berguna dan berfaedah. Sayangilah kehidupan anda dan hiduplah dengan bijak. Ingatlah, hidup ini adalah pemberian dan kurnia Tuhan yang Maha Esa. Jestru itu, marilah memelihara dan menghargainya dengan tidak membahayaknya kehidupan sendiri. Amin.
under: Pedoman
Tags:

Buatlah…PhD!

Posted by: pjerik | March 17, 2009 | 3 Comments |
Yaaa…..buatlah PhD dimusim puasa ini. Jangan malas-malas buat PhD. Maksud saya bukan buat thesis untuk mendapatkan Kedoktoran duniawai. Tetapi untuk “Kedoktoran” rohani bah! P=Puasa; h(H)=Hulurkan derma; dan D=Doa.
P= Puasa memang mencabar sekali. Memang menghairankan juga yaa….Di musim puasa nii macam rasa lapar saja dan macam selera makan pun macam bagus betul. Mantang-mantanglah musim puasa macam-macam lagi keinginan. Macam rindu makan itulah dan inilah! Hey! Inilah gara-gara godaan Setan dan Iblis. Tapi, jangan mengalah. Kuatkan hati…..Berjuanglah habis-habisan.
H=Hulurkan derma. Apa macam, dah meningkatkan aksi mendermakah? Atau masih selalu memberi wang yang pandai berbunyi-bunyi(duit syiling) bila ke Gereja? Bah, cubalah belajar memberi derma tanpa bunyi(wang kertas). Ini bererti memberi lebih daripada kebiasaan. Ringankan tangan menghulurkan derma kepada pihak Gereja dan juga kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. Tidak rugi bah menderma. Kerana orang yang menerima bantuan kita akan menjadi gembira(senyuman pasti lebar-lebar) dan kita pula kena berkat lagi oleh Tuhan yang Maha Esa. dan kita pula merasa “puas hati”. Ada kebahagian disudut hati kita.
D=Doa pula bagaimana cabaran dan godaannya. Apakah anda merasa semakin malas pula berdoa dan macam bosan pula berdoa? Rasa mengantuk? Bah…..biasalah bah tuu. Yang penting jangan mudah mengalah. Teruslah berdoa. Jangan tinggalkan doa atau mengenepikannya. Kuatkan hati. Tabahkan hati.]
Memang buat PhD banyak sekali cabaran dan godaanya. Begitulah perjalanan orang-orang yang ingin mendekatkan diri kepada Tuhan. Cabaran dan godaan sedemikian adalah perkara biasa dan sememangnya kita dah jangkakan akan berlaku. Maklumlah setan dan iblis nii kuat cemburu. Pantang nampak orang berpuasa dan menderma! Apa lagi kalau berdoa. Mereka pasti tidak tidur kerana bersungguh-sungguh berusaha memisahkan kita daripada Tuhan. Tapi, walau bagaimana pun, hadapilah segala-galanya dengan tenang. Berpuasalah dengan tabah; Hulurkanlah derma dengan iklas dan berdoalah tanpa jemu.
Jangan sekali-kali mudah mengalah. Berjuanglah dengan tabah. Kalau tidak nanti para setan dan iblis pula yang menari-narilah kerana berjaya mengagalkan usaha kita untuk mendapatkan PhD rohani lagi. Akhirnya, kita sendiri yang rugi. Dah tuu dapat juga gelar PhD tetapi lain ertinya iaitu Peminat hantu Dah! Jestru itu, berjuanglah sepenuh hati. Jangan mengalah selagi badan bernyawa. Amin.

under: Pedoman
Tags: , , ,

Kenapa dan Mengapa?!

Posted by: pjerik | March 3, 2009 | 1 Comment |

Untuk suami-isteri

1: Kenapa yaa…? Masa dulu-dulu sebelum kahwin lelaki alias boyfriend sanggup menunggu si girlfriendnya berjam-jam di salon untuk “set rambut, cuci rambut, keriting rambut dan lain-lain lagi. Dan bila ditanya,”Bang…tak bosan ke menunggu?” “Ahh….tidaklah…..” jawapnya dengan senyuman yang lebar sekali. Tapi……….bila dah kahwin, isteri minta teman ke salon:”Huh! Pergi sendiri bah. Kalau kau pergi salon sampai durian berbuah pun belum siap-siap!” Kini sudah kurang sabar malah banyak kali hilang kesabaran….Mengapa yaa?

2: Wah…..sebelum kahwin kekasih, pujaan hati sentiasa di panggil dengan mesra dan dengan nada manja sehingga rasa-rasanya macam berjalan diatas tanah! Telinga pun kembang dan bulu roma pun berdiri bah!:”Darling…. Oh…darling….”; Bang….Oh…bang…Tapi bila dah kahwin, panggil isteri/suami dengan manja pun macam malu-malu sudah. Dan nasip-nasiplah kalau kena panggil “Darling” sekali setahun. Untung lagi itu ayam kena panggil bagus-bagus! Yaa…respect atau rasa hormat semakin hari semakin luntur. Patutlah hidup dengan pasangan semakin membosankan! Dan…..mulalah berfikir yang bukan-bukan,”Kenapa yaa….saya kahwin dengan si gutuk nii?”(He he he….)

3: Dulukan…. sebelum kahwin bukan main jaga badan dan pakai “make-up”. Tapi, kenapa yaa…..dah kahwin malas-malas pula bermake-up. Kadang-kadang tuu merah juga itu bibir tapi bukan kerana gincu tapi gara-gara makan sirih! Dan lelaki pula macam bunting. Besar perut! Yaa….kini kecantikan tidak lagi dijaga. Patutlah mata mula merasa “gatal” bila nampak yang lain!

4: Wah…..bila dikenang masa lalu terutama sekali sebelum kahwin. Wah! Bukan main romantik lagi. Tapi, sekarang dah ada anak, kira-kira mau tunjukkan keromantikan bukan pula disambut dengan baik. Kena marah pula: “Apa nii! Dah tua pun bertabiat!” Yaa… kini kemesraan dan kasih-sayang semakin pudar. Patutlah rasa-rasa macam mau bercerai saja! Tapi….tak juga berani bercerai. Hmmm……masi ada cintakasih mah….dan masi ingat Tuhan mah!( Shhhissssssssss……….sebenarnya tak mau bercerai kerana dah tua. Nanti cari yang baru susah lagi. Takut tak laku, maklumlah dah tua bah !)

5:Wah….semasa anak pertama lahir kegembiraan begitu jelas terukir: “Wah! mata dia macam mau kau punya……Dan hidung dia macam saya punyalah…. Wah! comel dan cutenya anak kita! ” Susanan ini diiringi dengan gelak-ketawa tanda kemesraan dan kebahagian sumai-isteri. Tapi kini……Nah! Itu anak kau! Keturunan kau! Tiada guna!

Kenapa dan mengapakah semua perkara ini terjadi setelah berkahwin? Mengapa? Oh! Kenapa?! Jawapanya……kerana masing-masing lupa bahawa tujuan utama untuk perkahwinan adalah untuk saling mencintai dan hidup bahagia didalam nama Tuhan. Sebab itu, kekalkan kasihsayang dan keromantikan dan kuatkan iman kepada Tuhan. Jangan biarkan kemesraan dan keromantikan bersama itu luntur dan pudar pelahan-lahan. Bangkitlah dan kembalilah seperti dulu. Kembalikan cara bercinta seperti dulu iaitu sebelum berkahwin. Pasti kamu romantik dan bahagia lagi….(Harap-harap lah. Kalau tidak, pergi pungut sikarap lah di kebun getah.He he he).

under: Pedoman
Tags: , ,

Valentine Day

Posted by: pjerik | February 12, 2009 | No Comment |

Baru-baru ini ada orang bertanya kepadaku,” Bolehkah merayakan Valentine Day”? Boleh bah! Tidak salah merayakannya. Sebenarnya, mengikut cerita si Valentine nii kerana cintanya yang begitu besar dan mendalam dia sanggup berkorban dan dihukum demi cintanya kepada kekasihnya. Begitulah keagungan dan kesucian cintanya kepada kekasihnya. Tapi, harus diingatkan bahawa dia sanggup bertindak demikian kerana ia mencintai kekasihnya didalam nama Tuhan.

Pada masa kini, Valentine Day dirayakan bukan saja untuk mengingatkan kita semua betapa pentingnya mencintai orang yang benar-benar kita kasihi, tetapi kita juga diingatkan untuk mencintai sesama manusia dan yang paling penting ialah mencintai Tuhan yang Maha Esa. Jadi, Valentine Day bukanlah semata-mata untuk orang yang sedang “berkasih-kasih” sahaja. Ia sebenarnya untuk semua orang bagi mengingatkan kita betapa pentingnya MENCINTAI TUHAN DAN SESAMA INSAN!
Jadi, Valentine adalah contoh atau modal bagi kita semua didalam hal mencintai Tuhan dan sesama manusia. Ini bererti cinta kita kepada Tuhan haruslah suci dan sepenuh hati. Demikian juga kepada kekasih atau suami/ isteri atau anak-anak atau kepada sesama manusia. Itulah sebabnya didalam hal bercinta, cinta harus satu dengan satu. Jangan main “kayu tiga” atau tidak tidak setia kepada pasangan anda; Dan didalam hal perkahwinan, kesetiaan kepada suami/isteri adalah sampai mati. Jangan berlaku curang kepada pasangan anda. Dan kepada Tuhan, mestilah “dengan segenap hatimu dangn dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu”(Injil Markus 12:30-31).
Nah, sekarang kalau kita mahu merayakan Valentine Day…rayakanlah dengan cara yang baik dan tidak bertentangan dengan nilai-nilai murni manusia dan yang paling penting tidak melanggar pengajaran Gereja yang berdasarkan kepada Alkitab. Jadi, janganlah terikut-ikut dengan cara duniawi untuk merayakan Valentine Day. Misalnya, berpeluk-pelukkan atau bercium-cium seperti pasangan suami-isteri padahal belum kahwin. Ini dah salah disisi moral dan agama. Malah melanggar saja “adat Kampung.” Lainlah kalau dah kahwin. Tapi, kalau dah kahwin pun janganlah terlalu ghairah mau tayang keromantikan didepan umum. Nanti ada orang marah,”Hoi! Sundal!”; “Hoi! Gatal!” Nah! Kalau dah kena cakap macam nii, sendiri juga yang malu dan sakit hati. Dan yang paling teruk mungkin kena maki-maki dan kena pukul. Selain daripada itu, mungkin ada orang yang cemburu! (He he he…)
Jadi, kalau mahu merayakan Valentine Day(VD), peliharalah kesopanan diri dan jagalah maruah dan nama baik sendiri. Nanti, kalau ada apa-apa yang buruk terjadi, sendiri juga yang susah. Dan kalau ada terjadi yang teruk dan memalukan, bukan saja diri sendiri yang susah malah ibubapa turut menjadi malu. Jadi, pandai-pandailah menjaga diri dan agar nama ibubapa pun tidak tercemar. Elakkanlah perbuatan atau aktiviti yang boleh menconteng “arang” dimuka sendiri dan dimuka ibubapa yang telah bersusah-payah mendidik, menjaga dan membesarkan anda.
Hmmm….berikut adalah cadangan sederhana untuk merayakan Hari Valentine dengan baik. Cuba-cubalah mana yang boleh dilakukan:
1) Memberi hadiah (tidak semestinya bunga rosa merah) kepada orang yang tersayang seperti ibubapa, sumai, isteri, kekasih, para ahli keluarga, kawan, saudara-mara dan sebagainya);
2) Memberi ucapan “Selamat Hari Valentine”; “Happy Valentine Day” kepada orang-orang yang anda sayang seperti ibubapa, kekasih, suami, isteri, anak-anak, kawan-kawan, saudara-mara dan sebagainya. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan menggunakan talipon atau Handphone(SMS).
3)Mengadakan “Pesta Hari Valentine” secara sederhana tetapi tetap disertai dengan acara makan dan minum(tapi jangan terlalu minum minuman yang boleh memabuk) dan menari-nari sikit-sikitlah. Janganlah terlalu menari sehingga jauh malam. Kasihan bah itu para jiran yang ada anak-anak kecil terganggu. dan tidak dapat tidur. Lagi pun buat apa menari sampai pagi. Bikin sakit badan bah tuu! Silap-silap hari bulan BINGKUK itu kaki!(Baru tau!)
Akhir sekali, “Happy Valentine Day” kepada semua ahli keluaragku, kawan-kawan, saudara-mara, dan para peminat dan pembaca setia blogku. Semoga cintakasih kita kepada Tuhan, kepada sesama insan dan juga kepada diri sendiri akan bertambah suci dan mendalam. Tuhan memberkati kita semua. Amin.
under: Pedoman
Tags:

SMS:Saya main-main SMS

Posted by: pjerik | February 8, 2009 | 2 Comments |

Perbagai penggunaan SMS

Pernah dengar “SMS? Ini bererti “Short Message Service.” Atau Servis penghantaran mesej yang pendek. Tapi SMS ini juga ada erti yang lain. Antaranya…..tapi ini menurut idea sayalah…..He he he …
01=Saya mencintaimu, Sayang…
02=Suka makan saja!
03=Selalu marah saya!
04=Selamat melayani, Sayang…
05=Sasau memang sedap.
06=Sial! Makan suap!(Rasuah lah tuu).
07=Senang melakukan servis.
08=Silaka! Malas! Sampalau!(Celaka!Marahlah bah nii…)
09=Selalu memberi sumbangan(Derma)
10=Semoga mendapat sumbangan.
11=Silakan minum, Sayang..
12=Silakan makan, Sayang…
13=Semoga mati segera!!(Marah betul nii..!)
14=Sedapnya masakan, Sayang…
15=Sabarlah menanti, Sayang…
16=Siulan mengoda moti…
17=Saya Mahu, Sayang…
18=Suka marah-marah saja.
19=Silap mah….Sayang.
20=Setia menantimu, Sayang…

Nah! Begitulah kehebatan SMS. Baguskan main SMS! Sudahlah murah, mesej pun terus dapat. Bercakap-cakap tu bahaya. Siok-siok(asyik) bercakap habis kredit pula! Bagus main SMS aje lah…..Bah! Jangan marah kio…Saya main-main saja(Lagi SMS). He he he…

under: Uncategorized
Tags:

Oh ibu! Oh bapa!

Posted by: pjerik | November 28, 2008 | No Comment |
Pernahkah anda mendengar kata-kata hikmat ini: “Hormatilah ibubapa mu.” Kata-kata ini mengajar kita agar mencintai ibubapa kita sendiri dengan sentiasa menghormati mereka. Kerana berkat daripada kerjasama mereka dengan Tuhan maka wujudlah kita didalam dunia ini. Ini bererti hasil pengorbanan, pemeliharaan dan kasih-sayang mereka maka kita dapat hidup didalam dunia ini. Jadi, boleh dikatakan bahawa kalau bukan kerana mereka, masakan kita ada peluang berjalan diatas bumi ini. Tetapi, hasil daripada kasih-sayang dan kerjasama mereka dengan Pencipta kehidupan maka kita ada didunia ini. Sesungguhnya, kita benar-benar bertuah kerana mempunyai ibubapa yang sanggup menjaga dan membesarkan kita sehinggalah kita dapat berdiri diatas kaki sendiri. Bayangkanlah kalau tidak ada yang orang yang rela dan sudi untuk menerima kurnia anak daripada Tuhan. Sudah pasti kita tidak ada didalam dunia ini. Tetapi, puji Tuhan dan terima kasih kepada ibubapa kita masing-masing kerana mereka kita hidup didunia ini.
Sesungguhnya, kita tidak akan dapat membalas budi dan jasa ibubapa kita yang telah menjaga dan membesarkan kita sejak dari rahim sampailah kita menjadi dewasa. Jasa mereka tidak dapat kita bayar sepenuhnya meskipun dengan berkilo-kilo emas dan berjuta-juta wang. Kerana jasa dan cinta mereka kepada kita tidak dapat dinilai dan disamakan dengan emas dan wang. Sebab itu, kita tetap terhutang budi kepada ibubapa kita sampai bila-bila masa dan sepanjang hidup kita. Walau pun begitu, marilah kita sekurang-kurangnya membalas jasa dan budi mereka dengan mencintai dan menghormati mereka sepanjang hidup kita. Ini boleh kita tunjukan dan lakukan didalam berbagai-bagai cara antaranya adalah seperti berikut: 1) Kalau kita berkerja jauh dari mereka, luangkanlah masa untuk kembali ke rumah/kampung untuk melawat mereka terutama sekali pada musim cuti, dan harijadi mereka; 2) Berilah sokongan kewangan kepada mereka. Ingatlah, mereka telah membelanjakan wang beribu-ribu demi membesarkan kita dan memberi pendidikan kepada kita; 3) Panggillah mereka dengan penuh hormat; 4) Janganlah sakiti hati mereka; 5) Jangan bersikap tidak sopan kepada mereka; 6) Kalau mereka melakukan kesilapan, tegurlah dengan baik; 7) Jangan marah-marah kepada mereka; 8) Jangan terlalu bergantung kepada mereka kalau sudah dewasa dan berkerja; 9) Jangan terlalu mengira kalau berbelanja kepada mereka; 10) Jagalah mereka dengan baik dan dengan penuh kesabaran dihari-hari tua mereka; 11) Jangan sekali-kali berlaku kasar dan jahat kepada mereka; 12) Jangan lupa berdoa untuk kebaikan mereka; dan sebagainya…
Saya fikir, banyak lagi cara dan perkara yang dapat kita lakukan bagi menunjukkan cinta dan hormat kita kepada ibubapa kita sepanjang hidup kita. Jadi, pandai-pandailah kita menunjukkan kasih-sayang kita kepada ibubapa kita masing-masing. Tetapi apa yang penting sekali ialah sesuai dengan kata-kata hikmat ini ialah kita diingatkan betapa besar jasa dan budi ibubpa kita kepada kita dan kita diajar supaya sentiasa mencintai dan menghormati ibubapa kita.
Mungkin banyak juga pengalaman pahit dan asam yang pernah kita alami daripada ibubapa kita seperti dirotan atau dipukul disebabkan oleh kenakalan dan kesalahan yang kita lakukan; Kecewa kerana tidak diberi wang atau diberi apa yang kita minta; Marah dan geram dengan kelemahan, kekurangan,dan kesalahan yang mereka lakukan…….TETAPI……….AMPUNKANLAH MEREKA. Saya percaya, ibubapa merotan atau memukul kita dulu bukan kerana untuk kejahatan kita tetapi untuk kebaikan kita sendiri. Mereka mahu kita menjadi manusia yang baik, berdispilin, berjaya dan berguna dimasa akan datang. Pendek kata, buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih. Janganlah kita terlalu memikirkan perkara-perkara negatif, kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan oleh ibubapa kita. Tetapi, lihatlah perkara-perkara yang baik dan positif yang mereka miliki dan hal-hal yang baik dilakukan oleh mereka. Ini lebih berguna daripada terlalu memikirkan perkara-perkara “jahat dan buruk” yang boleh menyebabkan kita selaku anak mereka menjadi seperti kacang lupakan kulit atau bersikap seperti ” Si Tanggang” yang lupakan jasa ibubapanya setelah berjaya didalam hidupnya.
Jadi, marilah kita sentiasa mencintai dan menghormati ibubapa kita selagi ada masa dan peluang. Nanti, esok-esok kalau mereka sudah pergi dan meninggalkan dunia ini, menangis dan menyesal pula, kerana gagal menunjukkan cinta dan hormat kepada mereka. Jestru itu, cintailah dan hormatilah ibubapa anda walaupun mereka bukanlah ibubapa yang sempurna. Kerana merekalah ibubapamu dan kerana merekalah kerjasama mereka dengan Pencipta Kehidupan, maka anda ada di dunia ini. Amin.
under: Uncategorized
Tags: , , , , ,

Alkitab

Posted by: pjerik | November 17, 2008 | 3 Comments |

Pengenalan

Alkitab merupakan buku atau Kitab rasmi bagi orang-orang Kristian. Ia diperakui sebagai Firman Tuhan. Sebab itu, buku ini adalah buku yang terpenting sekali dan tersuci sekali didalam agama Kristian.

Secara am, terdapat dua bahagian Alkitab yang utama. Bahagian pertama dipanggil Perjanjian Lama dan bahagian yang kedua pula dikenali sebagai Perjanjian Baru. Kedua-dua bahagian ini membentuk satu Alkitab dan masing-masing bahagian mempunyai kitab-kitab atau buku-buku yang tersendiri. Walau bagaimana pun, bilangan kitab didalam setiap bahagian mempunyai sedikit perbezaan. Ini adalah bergantung kepada setiap Gereja. Tetapi secara am, terdapat dua jenis atau versi Alkitab. Satu Alkitab versi Katolik dan satu lagi adalah versi Protestan.

Versi Alkitab

Alkitab versi Katolik secara sah mempunyai 73 kitab dimana dibahagian Perjanjian Lama mengandungi 46 kitab dan Perjanjian Baru mempunyai 27 kitab.

Alkitab versi Protestan biasanya mempunyai 39 kitab dibahagian Perjanjian Lama dan 27 kitab di bahagian Perjanjian Baru. Ini bererti jumlah kitab-kitab yang terdapat didalam Alkitab versi Protestan adalah 66 kitab sahaja, iaitu kurang 7 kitab berbanding dengan Alkitab versi Katolik. Inilah sebabnya, ada yang beranggapan bahawa Alkitab versi Katolik ini dianggap sebagai Alkitab yang Lengkap. Tambahan pula, Alkitab didalam bentuk inilah yang digunakan lebih daripada 1000 tahun sebelum munculnya alkitab versi Protestan.

Deuterokanonika

Kitab-Kitab yang dikategorikan sebagai Kitab Deuterokanonika iaitu kitab-kitab Tobit, Yudit, Sirakh, Barukh, Yeremia, 1 Makabe dan 2 Makabe tidak terkandung didalam Alkitab versi Protestan. Kerana kitab-kitab ini dianggap sebagai kitab-kitab yang tidak diilhamkan oleh Tuhan menurut pandangan mereka tetapi baik untuk dibaca. Walau bagaimana pun, sejak kebelakangan ini, banyak juga gereja-gereja yang lain mula menghargai Kitab-kitab ini dan menerimanya sebagai kitab yang diilhamkan oleh Tuhan. Antara gereja-gereja berkenaan ialah gereja-gereja yang beraliran Orthodox and Anglikan.

Penutup

Bagi kita orang-orang Kristian, Alkitab adalah Firman Tuhan dan ia adalah Buku Suci kita. Sebab itu, marilah menjadikannya sebagai Buku Pegangan, dan landasan serta dasar kehidupan kita setiap hari sebagai orang-orang Kristian. Jestru itu, marilah kita luangkan masa utnuk membaca, merenung dan menterjemahkan pengajarannya didalam kehidupan kita setiap hari selaku orang Kristian. Pendek kata, marilah kita rajin-rajinlah membaca Alkitab dan jangan lupa hidup mengikut pengajarannya. Dan kalau belum memiliki Alkitab, sila dapat senaskah Alkitab dengan segera. Amin.

under: Guide, Pedoman
Tags: , , , , ,

Cikgu Bin Guru

Posted by: pjerik | November 9, 2008 | 1 Comment |

Masihkah anda ingat para guru yang pernah mengajar anda semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah? Mungkin dah lupa-lupa, bukan? Atau mungkin ada juga yang anda ingat terutama sekali guru yang baik-baik dan guru-guru yang dianggap tegas dan “jahat” mungkin masih segar didalam fikiran anda. Memang ada guru yang hilang pertimbangan atau mungkin kerana begitu geram dengan kenakalan atau kelemahan atau mungkin juga dengan kedegilan dan kebodohan pelajar mereka telah bertindak agak keterlaluan sehingga ada para murid atau pelajar yang menjadi mangsa sifat ketidaksabaran mereka. Tetapi, kebanyakan para guru adalah baik dan perhatin. Mereka mahu melihat para murid mereka berjaya didalam pelajaran mereka.Bagi saya, para guru tetap diantara insan yang tak mungkin dapat saya balas jasa dab bakti mereka kepadaku. Kerana dedaksi dan ketabahan mereka menjalankan tugas sebagai guru maka saya pandai menulis, membaca dan mengira. Kalau bukan kerana mereka manalah saya saya pandai menulis nama sendiri; Dan kalau bukan kerana hasil tunjuk-ajar mereka manalah membaca!(Pasti jadi buta huruf bah! dan surat cinta terpaksa minta tolong kawan baca. He he he…); Dan kalau bukan mereka manalah saya pandai mengira. (Kalau mau jadi tokey susah oh!) Syukurlah diatas jasa baik para guru. Sekurang-kurang pandai dan lulus juga 3M.

Sesungguhnya, hidup pastinya susah dan perit malah mungkin menderita kalau tulisan pun macam cakar ayam dan buta huruf. Tetapi, kerana jasa para guru maka kebanyakan daripada kita yang pernah dididik oleh para guru kita mempunyai kehidupan yang baik dan selesah. Malah ada diantara kita hidup dengan bahagia, kaya dan mewah. Kenapa? Kerana hasil daripada tunjuk-ajar para guru kita. Jestruitu, janganlah kita lupa para guru yang pernah mengajar kita. Kalau terjumpa mereka dimana, jangan lupa memberi salam dan ucapkan “Terima Kasih, Cikgu kerana mengajar saya dulu. Terima kasih banyak-banyak.” Dan….kalau ngam-ngam ada bulan muda atau ada RM didalam saku, bah! Bawalah cikur makan dan minum. Kasih belanja bah! Maklumlah jarang-jarang berjumpa. Bagus juga sambil makan, kita berborak-borak atau bercerita.

Bagi guru-guru yang mungkin anda anggap sebagai “jahat” biarlah perkara itu berlalu. Maafkanlah guru-guru berkenaan. Kerana mungkin tindakan mereka pada masa itu manasabah dan berbaloi juga untuk kita. Mungkin kalau mereka tidak “mengajar dengan keras” mungkin sampai sekarang kita masih orang yang keras kepala dan mungkin pada hari ini kita masih “budak nakal” dan menjadi “sampah masyarakat. Tetapi disebabkan oleh ketegasan mereka yang kita anggap “jahat” , mereka telah berhasil memimpin kita menjadi manusia yang berdisplin, berjaya dan berguna kepada masyarakat dan kepada negara.

Kisah yang pahit tak perlulah diungkit-ungkit lagi dan dikenang-kenang. Biarlah ia berlalu dan menjadi sejarah yang tidak perlu diheboh-hebohkan. Kata orang: ” Ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh.”Sama ada kita mahu mengakuinya atau tidak hakikat ini tidak dapat kita sangkal dan nafikan bahawa: Guru berjasa kepada kepada kita dan jasa mereka itu tidak mungkin dapat kita balas dengan wang dan harta. Tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menyatakan dengan iklas “TERIMA KASIH CIKGU, KERANA MENGAJAR SAYA.”

 

 

Akhir sekali, Wahai para guru yang budiman, teruskan perjuangan dan kerjaya kamu yang mulia dan terhormat itu. Kami sebagai bekas murid sudah pasti tidak dapat membalas segala jasa baik kamu. Tapi, semoga dengan ucapan “Ribuan Terima Kasih” dapat diterima dengan baik. Dan kalau ada kesalahan kami yang dimasa-masa lalu sehingga menyakiti hati cikgu, kami pun meminta maaf. Cikgu-cikgu dan guru-guru,” GOD BLESS ALL OF YOU.AMIN.”

 

under: Guide, Pedoman
Tags: ,

Older Posts »

Categories